Persefahaman dalam operasi Basel II

Basel II menggunakan konsep "tiga tonggak" – (1) tuntutan modal (Capital requirement) minimum (menangani risiko), (2) penilaian semula penyelia (supervisory review) dan (3) disiplin pasaran (market discipline) – untuk menggalakkan sistem kestabilan kewangan lebih kukuh.

Persetujuan Basel I hanya menangani sebahagian dari setiap tunggak ini. Sebagai contoh: dibandingkan dengan tunggak Basel II pertama, hanya satu risiko, risiko kredit, ditangani dengan cara yang sama sementara risiko pasaran merupakan tambahan kemudian; risiko operasi tidak ditangani sama sekali.

Tunggak pertama

Tunggak pertama menangani hanya dengan mengekalkan tuntutan modal yang dikira bagi tiga komponen risiko utama yang dihadapi bank: risiko kredit (credit risk), risiko operasi (operational risk) dan risiko pasaran (market risk). Risiko lain tidak dianggap mampu diukur sepenuhnya pada tahap ini.

Komponen risiko kredit boleh dikira dalam tiga cara berlainan dengan tahap kerumitan berbeza, terutamanya pendekatan piwaian (standardized approach), IRB Asas (Foundation IRB) dan IRB Tinggi (Advanced IRB). IRB mewakili (Pendekatan Berasaskan Penilaian Dalaman - ("Internal Rating-Based Approach").

Bagi risiko operasi, terdapat tiga pendekatan - pendekatan petunjuk asas (basic indicator approach) atau BIA, Pendekatan piwaian (standardized approach) atau STA, dan pendekatan pengukuran maju (advanced measurement approach) atau AMA.

Bagi risiko pasaran pendekatan yang dicadangkan merupakan VaR (nilai berisiko).

Tunggak kedua

Tunggak kedua adalah berkenaan tindak balas pengurus (regulatory response ) kepada tunggak pertama, memberikan penyelia bank (Bank regulation) perkakasan yang lebih baik berbanding apa yang mereka ada di bawah Basel I. Ia turut memberikan rangka kerja bagi menangani semua risiko lain yang mungkin dihadapi bank, seperti risiko sistemik (systemic risk), risiko persaraan (pension risk), risiko penumpuan (concentration risk), risiko strategik (strategic risk), risiko reputasi (reputation risk), risiko pembubaran (liquidity risk) dan risiko perundangan (legal risk), yang digabung oleh persefahaman Basel di bawah risiko sisa (residual risk).

Tunggak ketiga

Tunggak ketiga meningkatkan dengan banyaknya pendedahan yang perlu dilakukan oleh bank. Ini adalah direka bagi membenarkan pasaran mendapat gambaran lebih baik mengenai kedudukan keseluruhan bank dan membenarkan pihak lawan (counterparty) bank untuk bertindak dan meletak harga sekadarnya.